Wednesday, November 7, 2018

CARA MERAWAT LEBAM


LEBAM Lebam atau istilah perubatannya, kontusi merupakan sejenis hematoma tisu dimana bahagian kapilari atau kadang-kala venul mengalami kerosakan disebabkan oleh trauma. Ia biasanya meninggalkan tanda atau tompokan yang kelihatan kebiruan atau keunguan pada bahagian bawah lapisan kulit.

Lebam sering menyebabkan kesakitan dan lebam kecil biasanya tidak membahayakan. Dalam sesetengah keadaan, lebam serius boleh membawa kepada bahaya atau membawa kepada bentuk hematoma yang boleh mengancam nyawa apabila berlakunya kecederaan teruk seperti patah tulang dan pendarahan dalaman

KENA LETAK AIS ATAUPUN MINYAK PANAS?


Ada yang letak ais & ada juga yang tuam dengan tuala panas ataupun minyak panas.Mana satu yang betul

Lebam ketika terseliuh ataupun terjatuh adalah disebabkan saluran darah ataupun kapilari yang pecah pada bahagian yang terbabit. Sebagai contoh jika kita jatuh, tangan terkena batu dan lebam. Maksudnya, saluran darah pada bahagian tangan tersebut telah pecah dan menyebabkan darah masuk dan berkumpul dalam tisu yang terlibat. Ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi lebam/bengkak.

Cara untuk mengurangkan lebam pada bahagian yang terlibat adalah dengan beberapa cara. Perlu diingatkan bahawa cara ini digunakan apabila berhadapan dengan ‘soft tissue injury’ dan ianya mampu mengurangkan sedikit sebanyak perjalanan darah ke bahagian badan yang terlibat

 1) REST(REHAT)
Maksud ‘Rest’ di sini adalah tidak menggunakan anggota badan yang terlibat dengan kecederaan tersebut. Ini kerana pergerakkan anggota yang terlibat akan menambah pergerakkan darah ke kawasan tersebut. Ia bole menyebabkan bengkak semakin bertambah

2) ICE
Gunakan Ais dan letakkan pada bahagian yang bengkak. Suhu ais yang sejuk akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini mengurangkan lagi pergerakkan darah kepada anggota badan yang cedera itu. Maka, bengkak yang terhasil tidak terlalu teruk.

3)COMPRESSION (TEKANAN)
Gunakan ais tadi dan tekankan pada bahagian yang bengkak. Tekanan pada bahagian yang cedera juga akan menyempitkan saluran darah. Sama seperti kalau kita tekan getah paip, ia akan merencatkan pergerakkan darah ke tempat yang kita tekan

 4) ELEVATION (TINGGIKAN)
Anggota badan itu perlu ditinggikan sedikit daripada aras badan. Ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perjalanan darah ke kawasan yang terlibat.Ini merupakan mneumonic yang selalu digunakan untuk merawat pesakit yang baru sahaja mengalami kecederaan tisu ataupun otot. Iaitu RICE
(Rest/Ice/Compress/Elevate)

BAGAIMANA PULA KALAU TUAM DENGAN TUALA PANAS ATAU MINYAK PANAS

Tuala panas atau minyak panas akan mengembangkan saluran darah. Ini menyebabkan darah lebih banyak ke kawasan tersebut dan bengkak menjadi semakin teruk. Sebab tu penggunaan tuala panas adalah sesuatu yang tidak digalakkan apabila jadinya kecederaan seperti ini._

No comments:

Post a Comment