Saturday, September 14, 2019

MERAWAT JANGKITAN KUMAN DENGAN BUAH JERUJU

Orang yang tinggal tepi laut tentu biasa tengok pokok  jeruju dan ada setengah sahaja anak muda yang kenal khasiat pokok ini sebab orang tua-tua dahulu selalu ambilkan daun pokok ini untuk dijadikan sebagai sabun mandian.

Sebenarnya pokok ini cukup berguna dari akar sehinggalah kepada buahnya.

Apa yang ingin saya sampaikan disini ialah masalah jangkitan kuman dari darah sehinggalah kepada paru-paru, dimana ia boleh menyebabkan kematian.

Zaman sekarang sudah moden banyak herba - herba telah di tinggalkan kerana manusia hari ini lebih senang menggunakan ubatan moden, termasuklah pengambilan Antibiotik.

Untuk pengetahuaan semua tidak ada masalah sekiranya kita mengambil antibiotik pada tubuh kita sekiranya betul cara pengambilannya, cuma amat merbahaya kepada kita kalau terlalu kerap kita mengambilnya. Kerana antibiotik adalah merupakan sebatian daripada kimia yang digunakan untuk melawan kuman dan bekteria jahat pada badan kita.

Jadi di sini saya hendak berkongsi herba yang boleh dijadikan antibiotik untuk tubuh badan kita sekiranya mereka yang bermasalah dengan kuman dalam darah atau paru-paru.

Caranya mudah sahaja ambil lebih kurang 15 biji buah jeruju lalu di tumbuk sehingga hancur dan bancuh dengan secawan air untuk di buat minuman dan lakukan dua hari sekali setiap hari in sha Allah ia akan menjadi penawar bagi mereka yang bermasalah dengan jangkitan kuman.

2 comments:

  1. Dah nak masuk musim ni yg berminat bleh berhubung no 011 28626300

    ReplyDelete
  2. Yg berminat buah jeruju waspp no 01128626300

    ReplyDelete