Kolesterol tinggi bukanlah penyakit, tetapi berpotensi menyebabkan berbagai penyakit.
Diantaranya adalah penyakit jantung, stroke, diabetes dan hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Kadang kita sendiri pun tak tau kan, bila kita sakit je pi hospital baru doktor bagi tau kata kita ada kolestrol masa ambil ujian darah hari tu. ( Melalui ujian darah baru dapat kesan ada kolestrol )
Jom kita tengok bacaan kolestrol
dalam badan kita.
Total Kolesterol <200 mg/dl - ideal
200-239 mg/dl - ambang batas resiko tinggi
240< - risiko tinggi
Tak salah kita mencuba petua ini sebagai ikhtiar kan.
Lagipun petua ini langsung tidak melibatkan bahan kimia. Hanya guna bahan semulajadi , kacang bendi.
CARA PENYEDIAANNYA.
1 ) Kacang bendi 7 - 8 biji dibasuh dan dipotong.
2 )Air masak 1 liter.
3 ) Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air.
4 ) Simpan di dalam peti sejuk dan minum selalu.
5 ) Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
6 ) Jangan bimbang jika airnya jadi semakin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah.
No comments:
Post a Comment