Saturday, September 14, 2019

PETUA MENGHILANGKAN BATU KARANG

Minum jus prune setiap hari sehingga batu karang anda tiada lagi.

Minyak zaitun, jus lemon dan jus nanas

Untuk petua ini, bahan yang diperlukan ialah:
~2 cawan minyak zaitun
~1 cawan jus lemon
~Sedikit jus nanas

Caranya:
Pilih dua hari yang sesuai iaitu 1 hari untuk rawatan dan 1 hari untuk berehat.

Hari pertama: Berhenti makan pada pukul 12 tengah hari. Banyakkan minum jus buah terutamanya jus epal hijau.

Berhenti minum pada pukul 6.30 petang.

Pukul 7.00 petang:

Minum 1/4 cawan (lebih kurang 4 sudu besar) minyak zaitun diikuti dengan meminum 2 sudu besar jus lemon. Kedua-dua ramuan ini juga boleh dicampurkan sebelum diminum.

Baring mengiring sebelah kanan (bahu sebelah kiri di atas) selama 15 minit.

Ulangi meminum 1/4 cawan minyak zaitun dan 2 sudu besar jus lemon dan kemudian baring semula selama 15 minit.

Ulangi langkah-langkah di atas sehingga kesemua minyak zaitun dan jus lemon habis diminum.

Terus masuk tidur dengan mengiring sebelah kanan (jangan makan atau minum).

Kesokan paginya, jika anda membuang air besar perhatikan objek yang berwarna hijau gelap atau hitam. Itulah batu hempedu.

No comments:

Post a Comment