Saturday, September 14, 2019

TIPS MEMILIH PERFUME

Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP & EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakal EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekita 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam. Jadi digalakkan untuk kita memilih EDP.

2. Untuk mengenal pasti keaslian perfume kita tu, salah satu caranya adalah dengan melihat kejernihan perfume. Apabila dimasukkan hos halus tu, jika ia samar² dan tak kelihatan maka ia adalah perfume original kerana kadar minyak yang digunakan tinggi. Tetapi jika ia jelas kelihatan, ada campuran yang diletakkan.

3. Apabila kita try perfume, adalah digalakkan untuk cuba mencium tidak melebih 3 bau dalam satu² masa. Selepas cium 3 bau tu, kita mintak bau kopi pada penjual supaya neutralise semula sense bau kita. Jika kita tak buat gitu, otak kita tak dapat menilai bau yang sebenar dari perfume tu.

4. Perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita. Jadi adalah digalakkan untuk memilih perfume yang bersesuaian dengan bau dan badan kita kerana ada perfume yang jika bercampur dengan bau badan akan menyebabkan ketidak selesaan bau.

5. Digalakkan untuk menyembur perfume di bahagian nadi kita seperti di pergelangan tangan, dan di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita.

6. Dilarang sembur perfume pada fabrik pakaian terutama sutera kerana ini akan merosakkan fabrik dan menghakis warna fabrik.

7. Dilarang sama sekali selepas kita spray perfume untuk menggosoknya. Ini akan memecahkan partikel dalam perfume dan boleh menyebabkan baunya berubah. Selepas dispray, biarkan ia selama 10-15 minit dan baunya akan tahan lebih lama!

8. Jangan spray perfume pada tempat² sensitif seperti bawah lengan, mata dan lain². Perfume sifatnya adalah kuat jadi dikhuatiri anda akan terkena skin rash pulak!

9. Adalah dilarang sama sekali untuk letakkan perfume di bawah cahayau matahari atau tempat berhaba tinggi. Sama jugak di dalam kereta yang panas. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume akibat evaporation.

10. Tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita kerana ia lembih lembut dan boleh masuk dengan bau badan mereka, tetapi

perempuan tak boleh pakai perfume aroma lelaki kerana baunya yang kuat dan tidak sesuai dengan bau badan perempuan.

No comments:

Post a Comment