Memang kesian kalau anak yang masih kecil kena batuk yang selalunya makin teruk bila nak baring untuk tidur. Biasanya ibu sendiri pun tak mampu nak lena kerana anak akan meragam.
Nak suapkan anak ubat waktu malam-malam memang mencabar, iyalah anak kecil mana yang suka makan ubat kan tambah lagi dalam keadaan mengantuk.
Jika ada yang sedang berdepan masalah anak batuk ini boleh mencuba petua mudah dikongsi oleh seorang ibu ini. Caranya menggunakan bawang merah, tapi tak perlu makan pun. Hiris saja dan letak bawah bantal anak yang batuk pada waktu malam.
Petua ini dipraktikkan kepada anaknya yang berusia setahun lebih. Selepas diamalkan tidur anak makin lena dan kahaknya juga cair. Satu-satunya ubat paling mudah jika anak batuk tengah malam tanpa pergi ke klinik.
CARA CARANYA
Kupas bawang merah lalu dihiris bulat.
Letak hirisan di bawah bantal sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment