Sunday, March 31, 2019

MENGHILANGKAN KESAN MELECUR

Pukul sebiji telur. Sapukan di bahagian melecur dengan segumpal kapas. Setelah kering, sapukan lapisan kedua. Lakukan berulang kali.2. Campurkan sedikit kapur sirih & minyak kelapa secukupnya. Gaulkan kedua-dua bahan ini sehingga menyerupai salap. Sapu & ratakan pada bahagian yang melecur setiap hari. InsyaAllah kulit anda akan kembali pulih seperti sedia kala.‌


HILANGKAN BENGKAK/BENJOL
Bungkus 3 helai daun jarak dengan abu dapur yang sederhana panas. Tuamkan ke bahagian yang benjol. Ulangi hingga kesan itu hilang. Cara lain ialah dengan meniup hujung rambut dan tekapkan pada bahagian yang benjol itu. Ulangi beberapa kali sehingga nampak perubahannya.‌


MENGEKALKAN WARNA PAKAIAN
Rebus 2 biji kentang,hancurkan dan gaul dengan sedikit garam serta sedikit cuka. Selepas itu, masukkan pakaian tadi ke dalam campuran tersebut dan biarkan selama 30 minit. Kemudian cuci seperti biasa.‌

MENGHILANGKAN KESAN KUDIS
Suamkan air beras yang mendidih. Sapukan air beras tersebut pada pada kesan kudis yang ada. Lakukan setiap hari.‌

PENAWAR SAKIT DADA
Potong beberapa hiris halia dan perahkan airnya dalam gelas. Campurkan sebiji kuning telur ayam kampung dan satu sudu madu lebah. Kacau hingga sebati. Minumlah campuran ini setiap pagi.

PENAWAR BATUK KANAK
Untuk mengubati batuk yang sering terjadi pada kanak-kanak, amalkan minum air perahan daun peria.Berikan pada kanak-kanak. Air perahan yang pahit akan memudahkan kahak keluar.


No comments:

Post a Comment