Saturday, April 6, 2019

PETUA CARA PANJANGKAN BULU MATA DENGAN MUDAH DAN BERKESAN


1. SIKAT DENGAN KERAP
Biar betul! Ada ke sikat untuk bulu mata? Ya, ada. Sikat bulu mata dengan kerap dan anda akan lihat hasilnya.

2. SAPU VASELINE SETIAP MALAM
Produk ‘petroleum jelly’ seperti vaseline boleh digunakan untuk membantu pertumbuhan bulu mata.
Ambil sedikit Vaseline mengguna cotton bud atau berus maskara. Kemudian sapu pada bulu mata sebelum tidur.

3. GUNA MINYAK SEMULA JADI
Minyak zaitun , minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang. Ia bukan sahaja membantu memanjangkan bulu mata malah melembapkannya.

4. SAPU VITAMIN E
Vitamin E membantu pertumbuhan dan memanjangkan bulu mata. Sapu losyen yang mengandungi vitamin E pada bulu mata untuk memanjangkannya.

5. MAKAN BIOTIN
Ambil vitamin B Kompleks dipanggil Biotin. Ia juga terdapat dlam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau, serta kacang. Ia berkesan bukan saja untuk panjangkan bulu mata, tetapi boleh juga memanjangkan serta menyihatkan rambut .

6. TEKAP DENGAN TEH HIJAU
Jika kurang selesa dengan minyak, boleh juga guna teh hijau untuk panjangkan bulu mata.
Basahkan cotton swab dalam teh hijau dan tekap pada bulu mata. Bilas dengan air bersih sebaik saja anda bangun tidur.

7. GUNA PRODUK ‘LASH ACCELERATOR’
Ada produk maskara yang dilengkapi dengan ‘Lash Accelarator’ seperti Rimmel London. Hanya sapukan pada bulu mata dan…. ta-da! Bulu mata pasti nampak panjang dan tebal.

No comments:

Post a Comment