Petua ini sesuai untuk pesakit yang masih ditahap awal dan Insyallah ianya berkesan kalau rajin diamalkan untuk merawat & mencuci buah pinggang kerana terdapat kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan. Ianya adalah satu kaedah yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam, kotoran serta racun lain dari dalam badan kita.
Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli/daun ketumbar
CARANYA
1. Beli daun parsli/daun ketumbar
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini .
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.
Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini. Daun parsli/daun ketumbar sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi !! InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah
BARLI
Barli merupakan salah satu bijirin yang terbaik untuk mencuci dan menghalang kerosakan yang berlaku pada buah pinggang kerana kencing manis. Namun, anda perlu tahu bahawa barli ini bukanlah satu rawatan, tetapi sebagai satu alternatif tambahan untuk mengekalkan buah pinggang berfungsi dengan baik.
Salah satu cara pengambilan beras barli adalah dengan membuat air barli. Anda boleh merebus beras barli dan minumnya. Ataupun anda boleh merendam semalaman beras barli tersebut, dan minum pada sebelah paginya. Ini boleh mencuci toksin yang terdapat di dalam buah pinggang. Kajian juga membuktikan bahawa pengamalan air barli boleh membantu anda mengawal tahap kreatinin, ataupun bagi orang yang mempunyai kencing manis, ia boleh mengurangkannya
DAUN SUP
Namun begitu, tahukah anda dengan "daun sup" anda mampu mencuci buah pinggang yang banyak berjasa pada kita ini...
Cara dan penyediaan
1. Ambil daun sup, cuci bersih-bersih , potong kecil2, masukkan ke dalam periuk , masukan air bersih , didihkan untuk sepuluh minit sahaja.
2. Sejukkan rebusan air daun sup tadi, tapis dan masukkan kedalam botol yang sesuai dan disimpan dalam peti sejuk.
Amalkan meminumnya segelas sehari...Insya Allah anda akan rasa perubahannya...Anda akan lihat akumulasi garam dan racun lain akan keluar dari buah pinggang melalui pembuangan air kecil. Juga anda akan dapati diri anda berasa lebih segar dan sihat berbanding dulu
No comments:
Post a Comment