Wednesday, February 28, 2018

PETUA MEMASTIKAN MAKANAN TAHAN LAMA


Dalam ekonomi, barang tahan lama merupakan barang dengan kegunaan yang tidak cepat habis atau tahan dalam jangka waktu yang lama dibandingkan dengan barang yang hanya dikonsumsi dalam penggunaan sekali.

Contoh barang tahan lama seperti kereta, mainan, alat rumah tangga, peralatan olahraga ataupun barang lainnya yang bertahan selama tiga tahun.

Di sisi lain, barang tidak tahan lama merupakan barang dengan kegunaan yang habis sekali pakai atau dikonsumsi dan juga biasanya memiliki masa hidup kurang dari tiga tahun.

Contoh barang tidak tahan lama seperti rokok, gas, pakaian, kertas, makanan, dan plastik.

Terdapat juga perbezaan keduanya iaitu barang tahan lama dapat dibeli maupun disewa, sebaliknya barang tidak tahan lama secara umum biasanya tidak untuk disewa. Pembelian barang tahan lama jatuh dalam kategori investasi permintaan barang dan barang tidak tahan lama jatuh dalam kategori konsumsi permintaan barang.


Bgaimana pula dengan makanan? Sering kali kita menghadapi masalah untuk menyimpan makanan di rumah kerana tidak bertahan lama. Apatah lagi, tidak semua orang mempunyai masa untuk ke kedai setiap hari semata-mata mahu membeli barang untuk memasak.


Jadi, kita kena tahu cara tepat untuk menyimpan makanan di rumah, supaya tahan lebih lama. makanan berikut jika disimpan dengan kaedah berikut akan lebih lama, tidak basi, layu, atau rosak.




1. BALUT DAUN SALAD DENGAN TISU

Ia akan membuatkan salad lebih segar dan rangup, sehingga seminggu lamanya. Ini kerana kelembapan yang berlebihan, akan terserap masuk ke dalam tisu.


2.BEKUKAN SUSU SELAMA BEBERAPA MINGGU


Dah beli susu dengan banyak, tetapi tiba-tiba kena outstation, atau balik kampung. Jangan risau, kerana anda boleh sahaja bekukan susu untuk ia bertahan lebih lama. Tetapi, perlu menuang sedikit susu tersebut, untuk memberi ruang di dalam botol susu tersebut. Namun, tidak lebih dari 4 ke 6 minggu, jika disimpan dengan cara ini.

3. DAUN BAWANG LEBIH SEGAR

Daun bawang yang ada bersama dengan akarnya, lebih baik disimpan di dalam gelas berserta dengan air. Ia akan membuatkan daun bawang lebih segar dan boleh terus tumbuh dari anda meletakkannya dalam peti sejuk.

4. TUMBUHAN HIJAU DALAM BALANG KACA

Balang kaca amat sesuai untuk penyimpanan tumbuhan berunsurkan herba. Bawang, bawang putih, atau daun pasli, akan bertahan selama sebulan jika disimpan dengan cara ini. Sayur-sayuran juga tidak akan layu, atau rosak.

5. MADU DALAM BALANG KACA

Bekas kaca akan menyebabkan madu bertahan lama, sehingga bertahun-tahun, jika ditutup rapat. Sebab itu jugalah, banyak penjual madu di luar sana, yang memasukkan madu di dalam botol kaca.

6. EPAL BERTAHAN LEBIH LAMA DALAM PETI SEJUK



Epal sememangnya mampu bertahan lebih lama, berbanding buah-buahan yang lain, dan masih mampu mengekalkan rasanya walau disimpan lama dalam peti sejuk. Namun, jika simpan epal dalam peti sejuk, jangan biarkan ia bersentuhan antara satu sama lain, cuba balutkannya dengan surat khabar, atau tisu.

7. SIMPAN LOBAK DALAM PASIR

Sebelum gali pasir tu, pastikan bersih dari sebarang najis haiwan ya. Lobak akan kekal segar jika disimpan dalam pasir, ini kerana pasir melambatkan proses air tersejat, juga pereputan.

8. TERBALIKKAN KEJU DAN KRIM MASAM

Jika menyimpan keju, atau krim masam di dalam peti sejuk, pastikan anda terbalikkannya. Ini kerana, ia akan menghalang pertumbuhan bakteria.

9. BEKUKAN TELUR DALAM KIUB AIS

Ada masanya kita terlebih beli telur, dan tak mampu guna semuanya, atau, hanya menggunakan putih telur sahaja dalam masakan. Tetapi dengan membekukannya, di dalam ice tray, dan ditambah sedikit gula serta garam, telur ini mampu bertahan lebih lama.

10. SIMPAN SOS DALAM BEG PENYEJUK BEKU


Sos atau kuah spageti yang berlebihan, rugi untuk dibuang kerana boleh digunakan untuk masakan yang lain. Masukkan sahaja dalam beg penyejukbeku dan bekukan. Apabila sudah membeku, potong secara kiub dan gunakan bila perlu


No comments:

Post a Comment