SENGGUGUT
Penyakit senggugut
(PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait
dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh
mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian
simptom PMSthe official definition limits the scope to having symptoms of
"sufficient severity to interfere with some aspects of life".Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua
minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan
aliran haid.
Bagi sesetengah
wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan.
Bentuk PMS ini mempunyai nama psychiatric tersendiri: Penyakit senggugut teruk
(premenstrual dysphoric disorder) (PMDD)
SIMPTOM
PMS merupakan
himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi
tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan,
dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara
seseorang wanita dengan wanita. Kebanyakanwanita dengan sindrom prehaid
mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh
disandarkan kepada PMS
Perut kembong
Kejang perut
Payu dara bengkak
atau sensitif
ketegangan atau
bimbang (anxiety)
Masaalah tidur
(insomnia)
Sakit sendi atau
otot
Pening kepala
Lesu
Jerawat
Hayunan perasaan (Mood
swings)
Peningkatan
masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau
masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
PETUA MEREDAKAN SAKIT SENGGUGUT
1) Tumbuk lumat
tiga ulas bawang putih, kemudian masukkan ke dalam gelas. Tuang air suam
sehingga penuh dan campurkan sesudu madu. Kacau hingga mesra. Amalkan minum air
ini tiga kali sehari ketika datang bulan (haid).
2) Potong
halus-halus tiga ulas bawang merah, kemudian masukkan ke dalam gelas. Tuang air
panas sehingga penuh dan kacau. Amalkan minum air ini ketika sakit senggugut.
3) Minum air
kelapa yang dicampur dengan sedikit manisan gula kelapa sebanyak dua kali
sehari untuk tiga hari pertama ketika datang bulan (haid).
4) Masukkan ke
dalam pengisar sedikit pucuk, akar, kulit, batang, daun dan buah betik yang
ranum, kisar bersama segelas air masak. Kisar hingga halus dan tapiskan jusnya.
Minum jus tersebut setengah gelas sehari ketika sakit senggugut.
5) Amalkan minum
air teh yang dicampur dengan sedikit kapur sirih ketika sakit senggugut.
No comments:
Post a Comment