Tuesday, September 12, 2017

JENIS JENIS SAYUR BAYAM



Bayam ialah tumbuhan dalam kelas sayuran. Ia adalah tanaman yang banyak terdapat di Malaysia. Terdapat 2 jenis bayam yang utama dimakan di Malaysia iaitu bayam hijau dan bayam merah. Bayam adalah daripada keluarga Amaranthaceae. Ia kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat-zat galian seperti zat besi (Fe), fosforus (P), kalium (K), mangan (Mn) dan zink (Zn). Di Malaysia, bayam ditanam untuk tujuan pasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei.

Bayam dikenali di Malaysia danIndonesia dan juga sebagai Amaranth (English), Amaranthe (Perancis), Kulitis (Filipina), Aopa (Papua New Guinea), Phtii (Cambodia), Phakkhom-suan (Thailand), Hom (Laos) dan Raudeen (Vietnam). Bayam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan juga terdapat dan tersebar ke Amerika Tengah dan Afrika tetapi dari genus yang agak berbeza. Bayam merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia dan Indonesia dan merupakan sayuran popular yang 10 teratas dari segi penanaman dan penggunaan.

Terdapat seluas 4,180 hektar bayam di tanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 45,140 metrik tan pada tahun 2010. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di NegeriJohor (65% keluasan Malaysia) diikuti dengan Selangor dan Pulau Pinang. Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang bertanam Bayam paling luas di Malaysia (1,795 hektar - iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) diikuti dengan Daerah Kota Tinggi (460 ha) dan Daerah Muar (301 hektar). Saya memang ada pengalaman menjalankan aktiviti khidmat pengembangan teknikal tanaman Bayam di Muar bersama-sama petani yang merupakan Pengerusi Persatuan Penanam Sayur Malaysia iaitu En Tan Soo Tiok di kawasan Sengkang Mukim Gerisek.

Untuk dibuat ulam, daun dan batang muda dicelur atau direbus lalu dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasanya manis dan sedap.

Bayam ialah herba bersaiz sederhana boleh tumbuh setinggi 45 cm hingga 1 m. Batangnya lembut tak berkayu, dan berwarna hijau ketika muda. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berpilin, berbentuk bujur dengan hujung menirus atau membulat. Bunga majmuk, kecil hijau, terdapat dalam jambak bunga yang keluar pada hujung dahan serta celah ketiak daun. Buah kecil mengandungi biji yang sangat kecil, berbentuk bulat, berwarna hitam.

BAYAM MERAH


Bayam merah adalah dari tumbuhan keluarga Amaranthacea. Nama saintifiknya adalah Amaranthus gangeticus. Nama Inggerisnya adalah 'blood amaranth', 'red amaranth', 'purple amaranth', 'prince's feather' dan 'Mexican grain amaranth'. Ia adalah pokok berbunga tahunan yang mempunyai bunga ungu gelap. Ia mampu tumbuh setinggi 2-3 kaki tinggi.

Kajian saintifik menunjukkan ia membantutkan penyerapan kalsium. Kajian lain pula mencadangkan bahawa disebabkan kadar antioksidanya yang tinggi, ia mungkin mempunyai peranan radioprotective pada tikus.

BAYAM PUTIH ( BAYAM TAHUN)


Bayam tahun yang biasa disebut bayam sekop atau bayam kakap ini berdaun lebar. Amaranthus hybridus memiliki dua varietas, yaitu varietas caudatus dan varietas paniculatus. Varietas caudatus berdaun agak panjang, berujung runcing, dan berwarna hijau atau merah tua. Bunganya merangkai panjang di ujungujung batang. Sementara itu, varietas paniculatus memiliki dasar daun yang lebar dan berwarna hijau. Rangkaian bunganya panjang dan tersebar di ketiak daun atau cabang, tetapi lebih teratur daripada varietas caudatus.

BAYAM SPINACIA


Bayam Spinacia ialah sayuran yang digunakan untuk daunnya, dari gen Spinacia. Spinacia tidak sesuai untuk iklim tropika seperti sesebahagian tempat di Asia Tenggara kerana cepat berbunga dan tidak tumbuh banyak daun.
Bayam ini berbeza dengan bayam biasa walaupun sering diterjemah sebagai "bayam," kerana bayam biasa walaupun berasal dari keluarga sama iaitu Amaranthaceae, tetapi bayam biasa adalah daripada gen Amaranthus manakala bayam spinacia adalah dari gen Spinacia. Malah, terdapat beza dari segi jenis dan rasa.

Tidak jelas asal usul kekeliruan ini tetapi tidak salah dari segi nutrisi pemakanan kerana kedua-duanya sayuran yang mempunyai zat besi. Mungkin kartun Popeye yang mempopularkan penggunaan isltilah "spinach" untuk bayam.



No comments:

Post a Comment