Petua penjagaan dalaman - mewangikan dan memantapkan kewanitaan
Faktor pemakanan yang tidak sihat menyebabkan Terlalu ramai wanita yang mengalami masalah dalaman berbau ,kurang menyenangkan dan sebagainya .
Wanita diciptakan sangat istimewa.
Bagi Mereka mahukan dalaman yang mantap ,harum,dan sihat wajib cuba ya resepi ini.
Bahan-bahan:
👉🏼3 batang serai diketuk
👉🏼 3 cm halia tua/muda diketuk
👉🏼2 cm kunyit diketuk
👉🏼sedikit kulit kayu manis atau bunga cengkih atau bunga lawang
👉🏼sehelai daun pandan
👉🏼sedikit gula batu - boleh digantikan dengan madu jika suka.
Cara-cara:
Rebus kesemua bahan dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas.
Gunakan api yang perlahan.
Tunggu suam dan sedia untuk diminum.
👍🏻 Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja.
👍🏻 Kebaikan rebusan ini adalah untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan.
👍🏻 Ini juga merupakan amalan untuk penjagaan kesihatan bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf.
👍🏻 Ibu menyusu boleh minum. Tidak memudaratkan.
Jom amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun bertambah sayang.
No comments:
Post a Comment