Monday, March 19, 2018

KHASIAT BELIMBING TANAH


Belimbing tanah (nama botani: Tacca spp. (Cristata/integrifolia) atau juga dikenali sebagai janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak merupakan sejenis pokok herba tempatan yang semakin popular dikalangan masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat menurunkan tekanan darah. Pokok belimbing tanah mampu mencecah ketinggian sehingga 1 [meter]. Ia mempunyai daun yang lebar dan panjang (menyerupai daun kunyit). Daunnya juga berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua dengan permukaan daun yang berkedut.
Belimbing tanah mempunyai bunga yang besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Belimbang tanah juga dikenali sebagai belimbing bukit, yang merujuk kepada habitatnya yang tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai dikawasan yang agak lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti dikawasan kebun getah.


KHASIAT DAN KEGUNAAN :
Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

 “Berdasarkan pengamal perubatan tradisional, khasiatnya berkesan jika kita menjadikannya sebagai amalan dalam penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Bagi menghidari penyakit kencing manis,Tajuddin menjelaskan, daun belimbing tanah ini direbus sehingga mendidih dan bila sudah suam, tapiskan air sebelum diminum.

“Buahnya pula jika kita makan, rasannya agak masam tetapi dikatakan cukup sesuai untuk mencegah penyakit darah tinggi,” katanya.

Tajuddin berkata, jika kaedah ini diamalkan selalu, insya-Allah kedua-dua jenis penyakit itu dapat dijauhkan.

PENYEDIAAN DAN KHASIAT :
1. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan airnya diminum

2 x sehari. Menurunkan tekanan darah tinggi, mengubati masalah buasir, kencing manis, lemah jantung, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga dan melawaskan kencing.

2. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya direbus sehingga mendidih dan dijadikan air mandian. Untuk wanita lepas bersalin untuk membuang angin dalam badan.

3. Pelepah daun diramas-ramas. Merawat gatal-gatal kulit terkena ulat bulu.

4. Sepohon pokok termasuk akar dan buahnya dicampurkan dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) direbus sehingga mendidih dan diminum airnya 2 x sehari. Menguatkan buah pinggang.


No comments:

Post a Comment