Halia Merah merupakan
sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Bentuk pokoknya adalah serupa dengan
halia biasa (yang biasa digunakan dalam masakan) hanya ia lebih kecil dan lebih
rendah. Rimpang atau buahnya juga kecil dan berwarna merah. Aromanya sama
seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Bahagian tanaman ini yang memiliki
khasiat penyembuh adalah rimpang atau akarnya.
Halia merah
mengandung 2.50—3.90% minyak asiri yang terdiri dari sebatian zingiberin,
kamfena, lemonin, zingiberen, zingeberal, gingeral, dan shogool. Bukan itu
sahaja, Halia merah juga mengandung minyak damar, pati, asid organik, asid
malat, asid aksolat, gingerin, dan oleoroksin.
KHASIATNYA
Kunci kesihatan
seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya,
jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul,
antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih.
Masalah-masalah ini dapat diatasi menggunakan halia merah.
Selain itu rimpang
halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu,
mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan
kualiti kehidupan seksual.
Untuk mengubati batuk
kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara
diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama
tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka
atau melecet, cukuplah dengan cara menampalkan halia merah yang ditumbuk pada
luka.
Hal sama juga dapat
dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka
terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam
dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut.
PENGGANTI VIAGRA
Selain merangsang
ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat
daya tahan sperma.
Untuk menambah
ghairah seksual, anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada,
telur ayam kampung dan sedikit garam.
Caranya: tumbuk halus
lengkuas, halia merah dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak
ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi
satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.
Segelas ramuan ini
kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan
sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini
sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga
ditambahkan dengan madu lebah.
No comments:
Post a Comment