Petua Mudah Dan
Berkesan Halau Anai-Anai Dari Rumah Tanpa Penggunaan Bahan Kimia*
Bagaimana mahu mencegah serangan anai-anai di rumah anda?
Anai-anai merupakan
serangga perosak yang berwarna putih. Kebiasaannya anai-anai ini akan memakan
kayu yang sudah lapuk. Namun, terdapat juga kes anai-anai makan kayu yang masih
elok dan baik seperti yang terdapat di tiang atau bumbung rumah yang
sememangnya berasaskan kayu.
Sarang anai-anai
adalah di dalam tanah dan dipanggil busut kerana anai-anai sukakan tempat yang
lembab, dingin dan terlindung.
Anai-anai menimbulkan
masalah besar jika ia menyerang rumah anda kerana ia boleh merosakkan perabot,
syiling rumah, pakaian, dokumen dan lain-lain lagi.
Tempat kebiasaan
anai-anai bersarang:
Kerangka pintu, kerangka
tingkap, parquet atau lantai kayu, _skirting_ kayu, siling rumah, binaan
kabinet kayu, perabot dan stor.
Cara Mengesan
Kehadiran Anai-Anai
1. Laluan Anai-anai
Anda dapat mengesan
laluan anai-anai pada dinding rumah yang biasanya muncul keluar dari kerangka
pintu atau tingkap, dari _skirting_ lantai atau dari perabot. Laluan ini
selalunya bersaiz pensil. Terowong laluan anai-anai yang dirosakkan akan
dibaiki oleh anai-anai dengan cepat dalam masa sejam sahaja atau lebih.
2. Kesan Perubahan Warna _“Texture Color”_ Pada Bahan Kayu
Sekiranya terdapat
perubahan warna kayu pada pada lantai paquet, kerangka pintu, kerangka tingkap
dan sebagainya, itu menunjukkan kehadiran anai-anai di situ. Contohnya warna
yang berubah dari coklat gelap kepada coklat cerah.
3. Kehadiran Kelkatu
Satu lagi tanda
kehadiran anai-anai adalah apabila anda melihat banyaknya kelkatu keluar dari
tempat tertentu. Kelkatu akan keluar dari kawasan sarangnya bagi membina koloni
yang baru.
4. Rekahan atau Lubang
Dengan menggunakan
pemutar skru, cucuk dan ketuk perlahan-lahan untuk mengesan lubang pada kayu.
Bezakan bunyi yang keluar dari ketukan anda. Lihat dengan teliti jika terdapat
sebarang rekahan pada tepi kerangka berkayu di rumah anda dan suluh dengan
lampu suluh jika terdapat selut berpasir di dalam rekahan tersebut.
5. Bunyi Anai-anai – “Tik-Tik-Tik”
Pasang telinga anda
pada bunyi tik-tik tik kerana bunyi tersebut adalah berpunca daripada aktiviti
anai-anai yang sedang memecahkan struktur kayu. Kadangkala ia juga
menghempaskan kepalanya pada kayu bagi memberikan isyarat bahaya pada
rakan-rakan yang lain yang juga menghasilkan bunyi tik-tik-tik.
BOLEH CUBA MANA-MANA
CARA BERIKUT:
1. Garam Dapur
Taburkan saja garam
di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana
garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan
air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi
ada anai-anai.
2. Air Kapur Sirih
Sifat panas dari
kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan
lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi
rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirik ke kayu yang di serang
atau juga terus ke sarangnya.
3. Air Cucian Beras
Memanfaatkan air
pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke
sekeliling sarang rayap.
4. Minyak Tanah
Minyak tanah sekarang
ini mungkin sukar dijumpai kerana kita dah tak menggunakan lampu pelita. Carilah
di kedai dan gunakan minyak tanah untuk mengusir anai-anai. Caranya cukup
mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga
semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak
serai dengan campuran minyak tanah.
5. Tembakau
Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang
biasanya menyerang anak kecil jika bermain
No comments:
Post a Comment