Saturday, April 13, 2019

KHASIAT POKOK KESUM


Khasiat Pokok Kesum yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti kalsium dan fosforus., kaya dengan beta karotena, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin, mengubati masalah penghadaman, Pokok kesum, Polygonum minus, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium.

Khasiat dan Kegunaan : Tanaman kesum sangat popular di kalangan penduduk Malaysia sebagai bahan perencah/perisa di dalam banyak jenis makanan, terutama untuk laksa dan asam pedas.  Ia juga boleh dimakan terus sebagai ulam ataupun dibuat kerabu.  Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah penghadaman, menghilangkan kelemumur di kepala dan sebagai minuman selepas bersalin.  Dari segi khasiat pemakanan, kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.

Daun kesum yang aromatik boleh menghasilkan minyak pati yang mengandungi bahan kimia `aliphatic aldehyde’ yang tinggi (60%), dan komponan kimia utamanya ialah decanal dan dodecanal.  Sebagai punca bahan semula jadi ‘aliphatic aldehyde’, minyak kesum pula dipercayai mempunyai potensi yang tinggi, terutama dalam industri perisa dan wangian. Ini disebabkan tidak banyak terdapat bahan semula jadi ini di pasaran


No comments:

Post a Comment