Saturday, September 21, 2019

PETUA PENJAGAAN MATA AGAR SENTIASA SIHAT


1. Memakan sayuran hijau

Sayur-sayuran sangat penting dalam diet harian anda. Selain kaya dengan pelbagai vitamin, ia merupakan makanan yang kaya dengan antioksidan terutamanya sayuran hijau.

Khasiat antioksidan yang terkandung dalam sayuran hijau ini mampu membekalkan nutrien keseluruhan tubuh anda dan ke bahagian mata anda.

Kesannya, bukan sahaja mata anda kelihatan sihat dan segar, malah anda akan kelihatan awet muda.

2. Tidur yang mencukupi

Tidur yang mencukupi sangat penting untuk menyegarkan hari anda. Terdapat kajian menyatakan wanita yang mendapatkan tidur yang mencukupi membuatkan wanita kelihatan lebih cantik dan awet muda. Mata anda pasti akan kelihatan segar dan bersinar kerana mendapat rehat yang cukup.

3. Lakukan pemeriksaan mata secara berkala

Anda kerap kali menggunakan alasan sibuk untuk soal kesihatan anda. Selagi sesuatu fungsi badan yang terganggu tidak menyakitkan anda, ia akan dipandang remeh sehingga menjadi semakin teruk.

Hentikan sikap sambil lewa anda dan lakukan pemeriksaan mata berkala sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan tahap kesihatan mata anda.

Dengan cara ini, anda akan dapat mengesan lebih awal jika terdapat masalah pada mata anda dan membuat rawatan awal. Ini dapat menyelamatkan dan melindungi pancaindera anda.

4. Gunakan bahan semulajadi untuk menyegarkan mata

Anda pasti berasa rimas apabila melihat mata anda yang sembap dan lebam setiap kali anda melihat cermin.

Anda boleh mengatasi cara ini dengan amat mudah tanpa membelanjakan wang yang banyak. Untuk mata yang cantik dan kelihatan segar, ambil hirisan timun dan letakkan di atas mata sepanjang malam ketika tidur.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan uncang teh yang telah digunakan dan diletakkan di atas mata lebih kurang 10 ke 15 minit untuk menjadikan mata anda kembali segar setelah seharian bekerja.

5. Berhenti merokok

Merokok bukan sahaja mengganggu kesihatan paru-paru dan menyebabkan kanser, malah boleh merosakkan saraf optik anda.

Tabiat merokok ini bukan bukan sahaja tertumpu pada lelaki, malah juga melibatkan wanita. Malangnya, amalan buruk ini memberi kesan bukan sahaja pada si perokok, tetapi pada orang yang terkena asap rokok termasuk anak kecil.

Jika anda sayangkan diri anda dan orang sekeliling anda, anda perlu menghentikan tabiat ini sebelum terlambat.

Berhenti merokok bukan sahaja menyelamatkan nyawa anda dan orang sekeliling, tetapi juga menyelamatkan poket anda. Anda dapat berjimat dengan banyak dengan berhenti merokok.

6.Gunakan penanggal mekap

Mata adalah sangat sensitif kepada bahan kimia. Bahagian keliling mata juga sangat sensitif jika disentuh dengan kasar.

Pemakaian mekap yang terlalu lama mungkin akan menyebabkan mekap anda luntur dan memasuki mata.

Jika anda perlu memakai solekan di wajah dalam tempoh yang lama, pastikan anda mengenakan solekan yang ringan dibahagian mata.

Untuk membersihkan wajah anda pastikan anda menggunakan penanggal mekap supaya tiada sisa bahan kimia yang tertinggal di wajah anda yang boleh merosakkan bahagian mata anda.

Gunakan kapas dan sapukan penanggal mekap dengan perlahan di bahagian mata agar tidak merosakkan sel kulit di keliling mata yang boleh mengakibatkan kulit mata menjadi kedut.

7. Gunakan krim mata yang sesuai

Jangan kedekut untuk membelanjakan sedikit wang untuk membeli krim kecantikan untuk rawatan mata.

Terdapat pelbagai jenis krim di pasaran untuk rawatan mata yang boleh anda aplikasikan ke daerah mata anda setiap malam sebelum tido.

Carilah krim mata berasaskan organik yang membekalkan nutrien yang baik untuk kesihatan mata anda.

8. Rawatan mata di spa

Selain daripada rawatan wajah dan badan, tidak salah jika anda membelanjakan sedikit wang anda untuk membuat rawatan mata di spa.

Terdapat pakej rawatan di pusat kecantikan dengan harga yang murah untuk memanjakan diri anda. Apa kata sekali sekala rehatkan diri anda dan luangkan masa untuk tetapi kecantikan.

No comments:

Post a Comment