Lapohan Tembikar tradisi suku
kaum bajau semporna
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjgyNi2ifrPiADlL1HK210mOycTa2plYYBQRbROThFvPmUCoVyBYPCHh9fRFWUhy4_o2EUA7dMQnLppCorJC-gTgz_OjUMD1l_DL8WRNLPNlwxOvbg9lpI5KwoPDDr0DoKYSVn81nC4yt0/s280/LAPOHAN.jpg)
Lapohan dalam bahasa suku kaum Bajau Laut bermaksud alat tempat membakar
atau memasak sesuai dengan fungsinya. Ia merupakan tembikar yang dihasilkan
melalui proses penggabungan dua jenis tanah iaitu tanah liat dan tanah pasir.
Dianggarkan penghasilan produk lapohan di Pulau Salakan telah dilakukan sejak
tahun 1920an lagi dan kemahiran pembuatannya diwarisi secara turun temurun.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVozmMRHK0r8U1klQZi0B1OAxMe9wBbkjGjRjQPY8pobLNbjW5qY0xsIDK_gqBKoWMmH9-eVL172zASiXo_QGler_3OX6G7J8N7oJnvbnUgkmJJyQ8E5DOkjEZyLucnwcWprb7A03kZug/s280/NAHIMA.jpg)
LAPOHAN
Tembikar yang dihasilkan ini merupakan khazanah turun temurun suku kaum
bajau yang masih boleh diperolehi hingga sekarang. Banyak digunakan oleh suku
kaum Bajau Laut yang menetap di pulau pulau di Semporna.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSoXbtAyS4tu_IVgsYN8fxl4WYRZW9UquOpwkPJWREOyssOGVfks3O1CpOzp3f3s32gLFZ88cD4mYOQVKkUSNIa4zlW8NIjxEXWq9HvTWbK60EDb61x9KVeDZyHQBeZwnQHNOyPJ5il0c/s320/NAHIMA+1.jpg)
Lapohan akan tahan lama sekiranya ia dihasilkan dan dibentuk mengikut peraturan yang betul dengan pembakaran yang tepat.
No comments:
Post a Comment